- Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak dipertimbangkan kemudahan pembiayaan boleh ubah (pengecualian bayaran balik):
- Mengikuti kursus secara sepenuh masa.
- Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan.
- Pembiayaan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
- Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.
- Kursus yang diikuti oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Pelajar yang
berhasrat mendapatkan kemudahan ini perlu mengemukakan surat permohonan
rasmi kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
- Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
- Sesalinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
- Akuan Pelajar yang telah lengkap diisi seperti dikepilkan (boleh dimuat turun di sini).
- Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Pelajar-pelajar
yang menerima penajaan lain dan bertindih dengan pembiayaan PTPTN,
menukar jurusan, peringkat pengajian dan IPT tanpa kelulusan PTPTN atau
melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan dalam perjanjian pembiayaan
pendidikan, tidak akan dipertimbangkan untuk kemudahan ini.
- Pelajar-pelajar
perlu membuat bayaran balik sepertimana yang ditetapkan sehingga
permohonan penukaran pembiayaan kepada biasiswa diluluskan. Bagi
mana-mana pelajar yang diluluskan dan telah membuat bayaran balik
pembiayaan secara penuh/sebahagian, PTPTN akan membuat pemulangan kepada
pelajar tersebut setelah ditolak apa-apa kos yang berkaitan (jika ada).
- Peminjam yang diluluskan pinjaman sebelum 1 Julai 2005, juga masih layak untuk memohon pengecualian bayaran balik sekiranya memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Wednesday, February 22, 2012
PTPTN (pinjaman boleh ubah)
assalamualaikum, salam ukhuwah...hehehe...ok, ade informasi kpd sesape yg nk tukarkan ptptn kpd pinjaman blh ubah mcm biaisiswa la kire..ade syarat2nye....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment